Monday, February 16, 2015

Bell's Plasy

Alahmdulillah ketika menulis catatan ini saya telah sembuh sepenuhnya dari penyakit yang dikenali sebagai Bell's palsy ini, kelumpuhan pada sebelah wajah atau muka. Dimana pesakit tidak boleh menutup dan membuka mara dengan sempurna, mengangkat kening, kebas pada lidah dan kurang deria rasa, sukar untuk bercakap/berkumuh kerana bukaan mulut yang kurang sempurna.

Selepas saya melahirkan anak ketiga, saya diuji dengan penyakit ini pada hari ke-4 berpantang dimana pada hari kedua saya berurut. Saya mula menyedarinya sewaktu mengosok gigi diwaktu pagi tetapi saya tidak berfikir saya sakit lagi pada masa itu. Saya meneruskan aktiviti seperti biasa sehingga pada petang itu saya mencari di internet apabila merasakan kesukaran untuk makan dan minum. Sebenarnya saya pernah menonton satu cerita korea dimana pelakon tersebut mengidap palsi muka disebabkan stress dengan kerjanya. Oleh itu saya lebih pasti saya terkena palsy ini. Kemudian baru saya menjumpai istilah Bell's Palsy ini melalui pembacaan artikel-artikel di internet.

Saya mencari punca dan cara untuk kesembuhan dan tidak berhajat pun untuk bertemu doktor atau berjumpa mana-mana orang untuk berubat. Satu sebab yakin akan sembuh, dua sebab malu mahu jumpa orang ramai termasuk doktor.

12 Januari 2015 suami saya memang kebetulan mengambil cuti separuh hari untuk melawat anak yang masih ditahan di Hospital jadi saya pergi ke An-Nur untuk berjumpa doktor dan melawat bayi yang ditahan di Hospital. Disana setelah disahkan mengidap Bell's Palsy saya diarahkan untuk berjumpa pakar ENT. Saya memilih Dr perempuan, Prof. Asma namanya. Appointment Sabtu jam 5 petang.

Seperti dijanjikan Sabtu saya berjumpa dengan pakar ENT, Prof. Asma. Beliau memasukan alat kedalam telingga untuk melihat kemungkinan ada jangkitan atau serangga jika ada didalam telinga. Namun beliau menyatakan telinga saya dalam keadaan baik dan menerangkan serba sedikit berkaitan penyakit ini.

Diakhir perbualan beliau bertanya,
Prof Asma: Nurul sudah redha dengan apa yang terjadi.
Nurul: Ya sudah, sungguh doktor waktu saya kena penyakit ini saya tidak fikirkan diri saya sangat, yang penting anak saya sihat.
Prof Asma: Nurul nanti saya bagi B-Complex sahaja sebab Nurul menyusukan anak. Teruskan penyusuan. Balik nanti minum Air Zam-Zam doa semoga diberi kesembuhan. Rajin baca Makthurat. Nanti kita jumpa lambat sikit ya, 3 bulan lagi. Boleh?
Kami mengakhiri perbulan dengan bersalaman. 

Alhamdulilah ditemukan dengan Prof. Asma yang tenang dan yakin akan kesembuhan dan kekuasaan Allah S.W.T. Dengan keyakinan yang kuat akan sembuh saya melakukan rutin harian seperti biasa ditambah dengan rutin tambahan iaitu senaman muka 10s setiap senaman. Ia ditambah dengan ikhtiar lain iaitu Vivix (Supplement Shaklee) yang diberi oleh Makcikku, Noraini dan makanam tambahan lain. Akhirnya pada Feb 2015 Alhamdulillah saya telah sembuh sepenuhnya dan kembali normal seperti sebelumnya.

Penghujung Januari - membuat temujanji untuk terapi pada 12 Feb 2015
10 second facial exercises 

Feb 2015 - telah sembuh sepenuhnya dari Bell's Palsy

0 comments: