Thursday, February 28, 2013

Majlis Akikah Aish dan tag comel dari kedai kami

Semoga aish membesar dengan baik dan sihat

Love from Penang

Thursday, February 21, 2013

FIFO STORAGE BOX

Salam ibu2..
Rubi nak share gambar FIFO box dengan semua.
Susunan susu dlm box adalah mengikut TARIKH ye..yang rubi  tarik tu kira paling awal diperah. Ambil dari lubang ditebuk bukan dari atas..

Susu dalam kotak ada stok feb januari akan disusun dibahagian atas, hehe..rubi baru guna stok 10 Jan.. Susu masih banyak amin dengan izin Allah..Terima kasih ya Allah

Tuesday, February 19, 2013

Mengepam di meeting room..

Rubi masih meeting dari 9.30am sampai sekarang. So rubi buat keputusan untuk pam waktu lunch tadi dan sekarang pam di bilik meeting huhu..you know i did it..

Rubi pam sorok guna jaket.
Bagaimana caranya...

1) Pakai pakaian yang besar dan ada butang atau zip di depan
2) Rubi pakai tudung labuh sikit yang menutupi dada
3) Sarung jaket diluar untuk cover tepi dan belakang kalau baju terselak
4) Mulakan mengepam dengan cover corong dibawah tudung dan jaket. Agak2 dan 5 minit tengok pam takut dah penuh. Angkt sikit je tudung jangan over kang nampak pulak. If takut nampak tarik tepi jaket macam shah rukh khan buat tu..kekeke

K rubi share pic ni dulu t share lain k..

Sayang fateh ♡ aish dari office

Monday, February 18, 2013

Ibu hebat kerana kasih sayang Allah S.W.T

Ramai ibu2 risau kerana susunya cair dan itu sebabnya anak lapar. Kenapa tidak jika Ibu lebih positif; kalau anak lapar menyusukanlah anak anda on demand. Otak akan menerima isyarat bahawa 'anak minum banyak ni, jom produce susu lagi.' Rubi tak ambil apa2 mknn tambahan untuk produce susu banyak cuma makan 3 kali sehari dan minum air masak banyak2 je
What you give you get back kira gitu la secara mudahnya makin tinggi permintaan anak untuk menyusu, badan ibu2 berupaya memenuhi permintaan biarpun anda rasa mcm tak ada susu je kenapa dia isap lagi..maksudnya ada la susu..at least ada la dari hisap puting kosong / pacifier.

Kepekatan susu ibu mungkin dipengaruhi beberapa faktor:
1) Kekerapan menyusu atau mengepam
Seperti gambar yang sikit adalah perahan kedua bagi breast kanan, yang paling pekat. Yang tepi kiri adalah perahan pertama bagi breast kiri. Yang dalam plastic adalah perahan pertama breast kanan yang cair pada aal perahan. Jadi ibu perlu kosongkan breast untuk dapat susu akhir yang pekat.

2) Cuaca atau masa
Kalau rubi pam pagi susu macam cair sikit tapi bila malam pekat. Mungkin sebab tido pastu bangun breast dah penuh kalau pam mesti dapat 2 botol sebelah breast. Yang pertama cair yang kedua lebih pekat

3) Pemakanan
Ada sesetengah makanan yang boleh banyakkan susu tapi tak sure kalau yang boleh pekatkan susu. Boleh try the milk story chocolate drink. Bagi rubi selagi kita makan macam biasa insyaAllah susu ok.

4) Kesihatan
Biasa kalau badan sihat insyaAllah boleh ada susu, banyak dengan sikit itu rezeki dan insyaAllah cukup untuk anak kita

Ramai berkata susu tak ada sebab puting tak ada, tak logik sekarang banyak cara boleh keluarkan puting. Ada kata anak tak pandai hisap. Lagi salah sebab dia pandai pula hisap susu botol. Setiap ibu berbeza susunya bukan sebab saiz breast dan puting, berbeza kerana keinginannya, matlamatnya, usahanya, rajinnya.

Ini cuma pendapat rubi , mungkin pendapat ibu2 lain juga berbeza.
Salam sayang dan maaf,
Rubi the bf mom

Sunday, February 17, 2013

Bawa EBM Pulang dengan Selamat ♡

Dulu tak tahu tapi sekarang saya tahu..
Belajar dari pengalaman orang lain dah semestinya dan mari kita cuba sendiri ya ibu2

Ini memang pengalaman saya sendiri yang bawa balik susu yang banyak dari Penang ke Rawang dengan selamat. Semasa pantang yang lepas balik ke Penang sebab Atok Wan & Mak Tok rindu dengan cucu. Lebih kurang 2 minggu juga duduk umah mak mertua di Penang.

Susu dibekukan seperti biasa perlu disusun  dan mesti beli ketul ais untuk bubuh sekali dalam polistrene box yang besar tu.

Kalau boleh bubuh ais lebih untuk memjamin susu kekal beku sepanjang perjalanan tu. Ingat bahawa susu cair ni tidak boleh dibekukan semula kalau dah cair tp klau ada kristal boleh lagi bekukan.

Takut juga kan susu dah la byk kalau cair cm mana? TAPI jangan risau tak cair kalau bubuh dalam polistrene tu ada ais lagi.. insyaallah selamat..gambar rubi share lepas balik penang ni untuk majlis akikah si kecil aish

Ibu2 berpantang kumpul stok susu sebelum mula bekerja hariini..

Saturday, February 16, 2013

breastmilk storage bag

ibu yang penat bekerja perlu mencuci botol untuk mengepam..tapi kadang ibu penat nak cuci botol dan harus terus tertido semasa menidurkan anak seperti rubi huk2 terbatuk.. ada penyeselaian bagi masalah ini?

dulu waktu tahun 2010 memang kurang cerita pasal plastik susu tapi sekarang dh makin maju..google je plastic storage bags macam2 jenis ada

ada beberapa product review dari plastic yang rubi pernah guna

1 THE MILK STORY

plastik amat comei lebih kurang dengan botol 6oz..double zip lock dan pastinya mudah digunakan untuk ibu2 yang sibuk bekerja dan yang ingin menjimatkan ruang peti beku. sekotak 25pcs RM19.90, 50pcs RM39.90

2 JINGLE JUNGLE
plastik lebih besar 12oz. plastik lebih nipis berbanding the milk story 25pcs sekotak dengan harga RM12.90

3 AUTUMNS
sama macam plastik the milk story sekotak 25pcs RM12.90

Wednesday, February 6, 2013

'Ambil saya dulu'

Sebulan pening nak cari susu secara punggahan.hehe mari ibu2 rubi kongsi satu tips berjaya lah sangat. 
tadaaaa...

potong bahagian bawah kotak untuk memudahkan ibu mengambil susu yang dimasukkan paling awal


kotak susu yang ada slot 'ambil saya dulu'..camni lor rupanya..huhu t rubi kirim gambar baru yang ada banyak susu didalam...keke kena jeling-jeling manja minta tolong suami untuk amik gambar rubi demo...jika tidak rubi semestinya berpeluh2 mendemokan ini sambil terkial cari icon snap jika ambil gambor sendirik


Wednesday, January 30, 2013

Banyaknya susu ibu ♡

Ibu2 selalu risau susu berkurangan
Rubi pun sama tapi rubi nak share cara nak banyakkan susu yang rubi praktis

1) Tenang dan relax
Ibu perlu kosongkan fikiran dan cuba gambarkan muka anak2 kita yang comel. cuba untuk relax dan bertenang. cari tempat yang selesa untuk mengepam juga dapat membantu ibu untuk relax.

2) Kosongkan breast sepenuhnya
Pastikan susu dikeluarkan sepenuhnya selepas bayi menyusu atau pam sebelah ketika bayi menyusu. Pam sehingga breast terasa ringan dan kosong

3) Makan makanan berkhasiat
Sebaik-baiknya makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Kurangkan minuman berkafein

4) Minum air kosong
Minum air banyak-banyak setiap lepas menyusukan atau mengepam

5) Rehat secukupnya
Tidur secukupnya dapat membantu ibu untuk lebih cergas dan sihat setiap hari.

6) Sokongan berterusan
Sokongan amat diperlukan dari orang tersayang lebih2 suami. Jika suami tidak tahu dan faham kita ajak la dia ke kursus / seminar penyusuan

7) Sentiasa bersyukur
Dapat pam 1oz pun kena bersyukur mungkin itu je yang anak kita nak minum pada hari tu..hehe sentiasa positif gitu

8) Tetapkan waktu untuk mengepam dan cuba ikut waktu tersebut
Kalau boleh pam ikut waktu yang kita sendiri tetapkan, contoh nya pam setiap kul 8 pagi, 11 pagi, 2 ptg, 5ptg, 8 mlm dan 11 mlm. Sekurang2nya pam 3 jam sekali kalau sempat.

apa lagi .. hum Rubi  update kalau ingat..hee :)

Sunday, January 27, 2013

Susun stok EBM (Expressed Breastmilk)


EBM stok perlu dikeluarkan mengikut tarikh dan masa dipam. Maksudnya first in first out (FIFO),  mana masuk peti dulu yang tu kena keluar dulu. Disebabkan deep freezer dalam dan kebawah dasarnya jadi kena la kita fikir cmne nk korek stok lama.
cara rubi control EBM keluar dari peti...tick susu yang dah keluar ye ibu-ibu
Sebelum tu kena label susu ikut masa dan hari kita pam .Sebenarnya sebelum ni Rubi tidak label masa pada susu pun. Baru je nk mula label masa harini. Semalam dan sebelum – sebelum ni cuma label tarikh dan berapa oz sebab Rubi nak kira berapa botol dan oz sehari pam.

1) sekiranya mengepam dipejabat bawa masking tape, gunting, marker, pen, untuk memudahkan ibu menulis tarikh pada botol. Jika mengunakan storage bag tulis terus diruangan tarikh mengunakan marker
alat-alat yang perlu untuk menulis tarikh
kalau ada marker lagi bagus terus tulis atas plastic ni

2) asing susu mengikut tarikh mengunakan bekas berasingan seperti tupperware / bakul - label dengan tarikh dengan masking tape, paper bag - perlu ditebuk bahagian bawahnya supaya kita sentiasa mengambil stok yang mula2 dimasukan dulu (belum cuba lagi..sekarang guna teknik cari-punggah2-semua-bersepah..hehe)

3) ebm lebih mudah diuruskan jika disimpan di storage bag. kemudian ia dileperkan untuk menjimatkan ruang peti ais dam memudakan penyusunan ebm dalam paper bag

teman hidupku yang banyak mendorong kejayaan penyusuan susu ibu 
dari 1hb-30hb Jan EBM rubi ada 661 oz 

i love you dari Ummi & 2 askar kita 

Thursday, January 17, 2013

BERJAYA II Selagi Allah Izinkan II

Yeay saya BERJAYA mengepam kemarin, semalam, hari ini dan insyaAllah hari berikutnya..
Saya BERJAYA kerana saya rasa anak saya sentiasa depan mata saya dan saya sedang melihatnya sekarang
my beloved sons ~ dua2 ummi rindu 
Si adik yang kenyang menyusu dan BERJAYA tidur di atas nursing pillow ummi 
Saya bersama rakan, Sarah yang juga breastfeeding mother dan saya BERJAYA mengepam dengan sopan dan comel di Office

Saya gembira kerana kini ramai yang BERJAYA memahami susu ibu adalah susu terbaik untuk anak bangsa ibu termasuk kaum bapa seperti mereka berdua..hehe

Saya dan fateh BERJAYA mendapatkan breast milk storage bag secara percuma dengan kasih sayang dari The Milk Story dan Lunatots 

Saya juga sentiasa BERJAYA mengepam di cubicle secara freestyle atau apa-apa saja style 

Salam sayang ummi
buat anak2 ummi yang insyaAllah 
BERJAYA menjadi insan BERJAYA


Monday, January 14, 2013

Satu Dua Tiga


Sebelum Azan & Solat Jumaat
“Dan 9 puan”
“Nak tunggu berapa lama lagi buka 10”
“Dalam 1 jam?”
“Hahh saya tak larat nak tunggu dah ni” (aku rasa nak teran je ni)
Aku teran je bila sakit sebab rasa macam nak keluar sangat dah baby ni. Sejam tunggu habis tenaga nak tunggu..
Bila sakit je rasa nak muntah, tak tahu la berapa banyak muntah keluar. Semua air kosong je pun
Dah tak tahan nak tunggu apalagi teran je, tiba2 nurse kata “Encik nak tengok ni rambut anak encik”
“Puan terus teran bila sakit ye”
Teran sekali lagi keluar kepala dan teran lagi keluar terus anak kedua kami
Jam 1.23 petang Jumaat Muhammad Aish Firas dilahirkan dengan linangan air mata abimu dan penuh kesyukuran
baby formula feeding form yang dibiar kosong
 i'm a breastfeeding mom


Sebelum melahirkan
Rasa kesakitan memberat dibahagian belakang badan, dengan berdiri ia boleh mengurangkan kesakitan
Terus memuji Allah agar dikuatkan untuk melahirkan secara normal
Setelah melahirkan
Rasa sakit diganti dengan rasa gembira dan lapar. Sempat posing setelah melahirkan juga

~~Ummi yang tengah pening huuhu :(

Wednesday, January 9, 2013

Peluang kedua ~ kembali menyusukan


Rubi menyusukan fateh semasa mengandung biarpun dihalang oleh keluarga. 
Hanya suami yang menyokong untuk terus menyusukan. 
Namun dengan ilmu yang dipelajari ketika mengikuti kelas penyusuan dan melalui pembacaan Rubi bertekad meneruskan penyusuan selagi tiada kesakitan atau masalah pada Rubi dan kandungan.


Susu ibu akan berkurang ketika kita mengandung bukan tiada tapi dia pekat seperti keju. 
Rubi pernah mengepam ketika hamil, tiada susu keluar tetapi ada pekatan seperti keju berkumpul di corong pam. 

Rubi membuat keputusan untuk tidak mengepam dan bagi Fateh direct BF (Breast Feeding) juga minum koko Radix, Examo Kids, atau Al-Haddad koko.
Hari2 Rubi berdoa agar diberi peluang menyusukan Fateh sehingga 2 tahun, setelah melahirkan Aish Firas kini Rubi berjaya menyusukan kedua-dua anak. Fateh hanya mahu direct BF yang dikongsi dan bersama2 menyusu bersama adik. Bila saya cairkan susu untuk Fateh dia akan kata “itu susu aish”. 
Sehinggalah dimana Kak Sue upload gambar breastmilk ice cream saya terus mencuba dirumah, dan Fateh suka ais krim dari ummi dan juga jus oren yang ada kasih saying ummi (Jus Oren + EBM ais). 
Fateh kata “Air Oren Ummi”. Ummi J sahaja..

Geeram ummi tengok Fateh pok pek pok pek tak berhenti..huhu sama macam ummi
~Fateh ini sahaja yang Ummi mampu, nanti kita makan ais krim lagi ye~

Tuesday, January 8, 2013

Tanpa rasa MALU...


Ibu2 diharap tidak stress jika tiada tempat untuk mengepam dan mungkin tak ada tempat untuk menyusukan baby ketika jalan2-cari-barang-dapur-sambil-cuci-mata-tengok-baju-murah..
Ibu perlu kreatif seperti saya atau ibu yang berpengalaman seperti Kak Suraya Lunatots (klik untuk ke blog beliau),CEO of Lunatots

Ada cara lain untuk menyusukan atau mengepam dimana seperti saya yang mengepam bukan di tempat tersorok tapi di cubicle sendiri dalam office kita yang ber-aircond..

Tips untuk Ibu2 menyusukan: 

  1. Ibu2 selesakan diri anda, kenakan jaket atau boleh guna selendang atau nursing cover untuk mengurang rasa malu dan tension. Ibu perlu ketenangan untuk meningkatkan produksi susu anda.
  2. Lihat gambar anak semasa mengepam
  3. Online FB atau update blog semasa mengepam (seperti saya sekarang). Bila terlalu focus kat pam mungkin akan menyebabkan kita stress bila susu lambat keluar atau sikit. Bila ini berlaku produksi susu akan berkurang.
  4. Tetapkan masa untuk pam susu di pejabat dan berusaha untuk ikut masa yang ditetapkan.
  5. Pilih pam yang sesuai dengan kita. Yang tidak menyakitkan, yang mampu milik, yang mudah dibawa.
  6. Mencari ilmu tentang penyusuan sebanyak mungkin, jika anda ada tablet google la pasal breastfeeding. Pergi seminar atau apa saja asalkan anda faham tentang penyusuan. 
  7. Cari mentor yang boleh menbantu. Seperti saya mula mengenal mentor saya pada 2010 hanya melalui blog beliau dan dari Pa&Ma. Kemudian kali pertama bertemu di Jom Heboh PeNAng, terus berjumpa ketika di Maternity and Children Expo Mid Valley..dan mengikuti Seminar Penyusuan nya..Dia adalah kak Suraya Lunatots


Apa yang penting .. KERJASAMA eh silap JANGAN LUPA UNTUK MENYUSUKAN ANAK ON DEMAND dan RAJIN PAM KETIKA BABY TIDAK MENYUSU     

 saya kongsikan hasil yang cemerlang ini~