Thursday, February 28, 2013

Majlis Akikah Aish dan tag comel dari kedai kami

Semoga aish membesar dengan baik dan sihat

Love from Penang

Thursday, February 21, 2013

FIFO STORAGE BOX

Salam ibu2..
Rubi nak share gambar FIFO box dengan semua.
Susunan susu dlm box adalah mengikut TARIKH ye..yang rubi  tarik tu kira paling awal diperah. Ambil dari lubang ditebuk bukan dari atas..

Susu dalam kotak ada stok feb januari akan disusun dibahagian atas, hehe..rubi baru guna stok 10 Jan.. Susu masih banyak amin dengan izin Allah..Terima kasih ya Allah

Tuesday, February 19, 2013

Mengepam di meeting room..

Rubi masih meeting dari 9.30am sampai sekarang. So rubi buat keputusan untuk pam waktu lunch tadi dan sekarang pam di bilik meeting huhu..you know i did it..

Rubi pam sorok guna jaket.
Bagaimana caranya...

1) Pakai pakaian yang besar dan ada butang atau zip di depan
2) Rubi pakai tudung labuh sikit yang menutupi dada
3) Sarung jaket diluar untuk cover tepi dan belakang kalau baju terselak
4) Mulakan mengepam dengan cover corong dibawah tudung dan jaket. Agak2 dan 5 minit tengok pam takut dah penuh. Angkt sikit je tudung jangan over kang nampak pulak. If takut nampak tarik tepi jaket macam shah rukh khan buat tu..kekeke

K rubi share pic ni dulu t share lain k..

Sayang fateh ♡ aish dari office

Monday, February 18, 2013

Ibu hebat kerana kasih sayang Allah S.W.T

Ramai ibu2 risau kerana susunya cair dan itu sebabnya anak lapar. Kenapa tidak jika Ibu lebih positif; kalau anak lapar menyusukanlah anak anda on demand. Otak akan menerima isyarat bahawa 'anak minum banyak ni, jom produce susu lagi.' Rubi tak ambil apa2 mknn tambahan untuk produce susu banyak cuma makan 3 kali sehari dan minum air masak banyak2 je
What you give you get back kira gitu la secara mudahnya makin tinggi permintaan anak untuk menyusu, badan ibu2 berupaya memenuhi permintaan biarpun anda rasa mcm tak ada susu je kenapa dia isap lagi..maksudnya ada la susu..at least ada la dari hisap puting kosong / pacifier.

Kepekatan susu ibu mungkin dipengaruhi beberapa faktor:
1) Kekerapan menyusu atau mengepam
Seperti gambar yang sikit adalah perahan kedua bagi breast kanan, yang paling pekat. Yang tepi kiri adalah perahan pertama bagi breast kiri. Yang dalam plastic adalah perahan pertama breast kanan yang cair pada aal perahan. Jadi ibu perlu kosongkan breast untuk dapat susu akhir yang pekat.

2) Cuaca atau masa
Kalau rubi pam pagi susu macam cair sikit tapi bila malam pekat. Mungkin sebab tido pastu bangun breast dah penuh kalau pam mesti dapat 2 botol sebelah breast. Yang pertama cair yang kedua lebih pekat

3) Pemakanan
Ada sesetengah makanan yang boleh banyakkan susu tapi tak sure kalau yang boleh pekatkan susu. Boleh try the milk story chocolate drink. Bagi rubi selagi kita makan macam biasa insyaAllah susu ok.

4) Kesihatan
Biasa kalau badan sihat insyaAllah boleh ada susu, banyak dengan sikit itu rezeki dan insyaAllah cukup untuk anak kita

Ramai berkata susu tak ada sebab puting tak ada, tak logik sekarang banyak cara boleh keluarkan puting. Ada kata anak tak pandai hisap. Lagi salah sebab dia pandai pula hisap susu botol. Setiap ibu berbeza susunya bukan sebab saiz breast dan puting, berbeza kerana keinginannya, matlamatnya, usahanya, rajinnya.

Ini cuma pendapat rubi , mungkin pendapat ibu2 lain juga berbeza.
Salam sayang dan maaf,
Rubi the bf mom

Sunday, February 17, 2013

Bawa EBM Pulang dengan Selamat ♡

Dulu tak tahu tapi sekarang saya tahu..
Belajar dari pengalaman orang lain dah semestinya dan mari kita cuba sendiri ya ibu2

Ini memang pengalaman saya sendiri yang bawa balik susu yang banyak dari Penang ke Rawang dengan selamat. Semasa pantang yang lepas balik ke Penang sebab Atok Wan & Mak Tok rindu dengan cucu. Lebih kurang 2 minggu juga duduk umah mak mertua di Penang.

Susu dibekukan seperti biasa perlu disusun  dan mesti beli ketul ais untuk bubuh sekali dalam polistrene box yang besar tu.

Kalau boleh bubuh ais lebih untuk memjamin susu kekal beku sepanjang perjalanan tu. Ingat bahawa susu cair ni tidak boleh dibekukan semula kalau dah cair tp klau ada kristal boleh lagi bekukan.

Takut juga kan susu dah la byk kalau cair cm mana? TAPI jangan risau tak cair kalau bubuh dalam polistrene tu ada ais lagi.. insyaallah selamat..gambar rubi share lepas balik penang ni untuk majlis akikah si kecil aish

Ibu2 berpantang kumpul stok susu sebelum mula bekerja hariini..

Saturday, February 16, 2013

breastmilk storage bag

ibu yang penat bekerja perlu mencuci botol untuk mengepam..tapi kadang ibu penat nak cuci botol dan harus terus tertido semasa menidurkan anak seperti rubi huk2 terbatuk.. ada penyeselaian bagi masalah ini?

dulu waktu tahun 2010 memang kurang cerita pasal plastik susu tapi sekarang dh makin maju..google je plastic storage bags macam2 jenis ada

ada beberapa product review dari plastic yang rubi pernah guna

1 THE MILK STORY

plastik amat comei lebih kurang dengan botol 6oz..double zip lock dan pastinya mudah digunakan untuk ibu2 yang sibuk bekerja dan yang ingin menjimatkan ruang peti beku. sekotak 25pcs RM19.90, 50pcs RM39.90

2 JINGLE JUNGLE
plastik lebih besar 12oz. plastik lebih nipis berbanding the milk story 25pcs sekotak dengan harga RM12.90

3 AUTUMNS
sama macam plastik the milk story sekotak 25pcs RM12.90

Wednesday, February 6, 2013

'Ambil saya dulu'

Sebulan pening nak cari susu secara punggahan.hehe mari ibu2 rubi kongsi satu tips berjaya lah sangat. 
tadaaaa...

potong bahagian bawah kotak untuk memudahkan ibu mengambil susu yang dimasukkan paling awal


kotak susu yang ada slot 'ambil saya dulu'..camni lor rupanya..huhu t rubi kirim gambar baru yang ada banyak susu didalam...keke kena jeling-jeling manja minta tolong suami untuk amik gambar rubi demo...jika tidak rubi semestinya berpeluh2 mendemokan ini sambil terkial cari icon snap jika ambil gambor sendirik