Thursday, December 23, 2010

Perut makin comel


heee lama tak jenguk blog rindu dan cayang kat blog ini...sebab ada baby cumei..

comei tak perut saya..masa ni baby tengah main bola jadi ummi dia nak kira OT pun kejap2 lupa..pastu kena kira balik..semakin kuat sepak dan boleh buat orang terkejut je..heee

apa pun ini lah nikmat yang Allah SWT bagi pada semua ibu..baby bergerak dalam rahim..

Alhamdulillah ummi ada kamu, ummi rasa bahagia..harap kamu jadi anak soleh ye Muhamad ....


Tuesday, November 23, 2010

Aktiviti Hujung Minggu Umi, Abi dan Baby

sambil2 bace blog diyaluna kak sue..sy terjumpe pulak vedio ni..saya rase menarik dan saya rasa saya patut cube juga sbb baru2 ini sy telah terbeli ape orang kate tu alas gelas/cawan panas tu (tak tau nak sebut pe) dengan harga RM2 tp kalau tgk cam simple je leh wat sendiri.. Baru sy tahu kain felt ni ada dijaul cume kite je xtau ai dijual dimana kan..


Pepun layan la vedio diatas untuk dapatkan ilham ye ibu2 semua

Kalau nak beli kain ini leh lawat blog ini :

http://www.mycraftnhobbies.com/
http://mscraftshoppe.blogspot.com/
http://sentuhan-jemari-ummi.blogspot.com/
http://lillyshoppe.blogspot.com/ - jual butang yang kiut2 juga
http://ezshoppin.blogspot.com/
http://kedaisus.blogspot.com/ - jual macam2 bentuk butang dan lain2 untuk tepek atas felt

Nak beli felt craft leh lawat blog ini:
http://cutieyfelt.blogspot.com/ - ada jual starter kid dan buku untuk buat felt craft..pe lagi meh la beli kat SUS @ adik Melisa yang shantek

Happy de day uuuuuuu yuuu


Hepi kalau dapat anak mcm ni comei dan pandai

Nak Tak anak Cam ni??

Sungguh comei anak ini..doakan anak saya juga sepandai dan sesihat ini ye

*hari itu kak sue tulis iki kata idung omei (dzakwan) xsame dia kate idung omei merah dia tak..tp hakikatnye kamu berdua mmg adik beradik sbb idung iki pn acik nurul nampak merah juga..hehe

Hepi kalau dapat anak mcm ni comei dan pandai..acik nurul xsabar tunggu kelahiran baby ni.. huhu detail scan pada 25 Nov 2010 @ Khamis ini ye..doakan baby kedua ini sihat dan dijauhkan dari segala bahaya..ummi sayang baby..abi pun tau3

Persediaan Menjadi Ummi TerChomel di Dunia

Entri kali ini sebenarnya bertujuan untuk mengingatkan saya bahawa saya kena kumpul duit dan berjimat-cermat bermula dari sekarang. Biarpun saya belum tahu banyak benda tapi saya berniat sangat nak jadi IBU yang baik dan paling chomei buat anak2 (banyak anak la hajatnye tu). Perkara pertama ialah nak anak dapat kasih sayang yang tiada tandingan iaitu melalui mom & baby bonding iaitu BF(Breast Feeding) selama 2-3 tahun untuk si comei itu. Dan nak peluk dia setiap saat yang saya dapat bersama dengan dia biarpun saya bekerja (nak beli pouch/babywearing).


1) Baju Baby = RM1+.++ x 15pcs = RM150-RM285
2) Bag Baby (recycle bag yang ada) = FOC je
3) Cloth Diapers Promo Set (Lunatots) = RM340
4) Cloth Diapers (additional) = RM20 x 20 = RM400
5) Pouch = RM69-RM89.90
6) Supplement for BF mom = RM50

7) Nursing Bra = RM 39.90 x 5pcs = RM199.50
8) Katil Baby = RM300

9) Kelambu Baby = RM30

Buat masa sekarang, ini je la yang saya terfikir nak beli. Nanti kalau ada pembaca dan kawan2 nak tolong ingatkan saya bagitau lah ye.

Saturday, May 1, 2010

anak ummi vs hydrops fetalis

setelah sekian lama menyepi kerana masalah kesihatan
ummi kembali untuk memberi kekuatan pada diri dan orang2 yang pernah mengalami situasi yang sama iaitu suatu kehilangan....

sejak kerap mengalami kesakitan di ari2 ummi tahan selama lebih kurang sebulan
akhirnya ummi pergi ke klinik swasta untuk scan kamu (anak ummi tersayang)
pada pagi tersebut kebetulan ada interview di taska taman ilmu...
kul 8.30 pagi ummi drive ke taman ilmu
dalam pukul 3 ummi pergi klinik berdekatan taman ilmu [klinik Jammy]

setelah mendaftarkan nama dikaunter...
nama ummi dipanggil, abi turut menemani ummi yang kurang bertenaga
kerana muntah2 setelah sampai di klinik...

Dr. terus bertanya soalan yang biasa2 "sakit pe?", "bila haid terakhir? " dll..
selepas itu barulah Dr. scan untuk lihat tumbesaran kamu....
Dr kata tumbesaran kamu ok dan baik tetapi terdapat benda yang pelik di belakang kepala kamu..
pada awalnya Dr. menyatakan ianya bukan pada kamu tp jari tangan kamu kelihatan membengkak..
ummi mula susah hati, air mata pun dah mengalir deras..
risau terhadap kesihatan kamu

Dr. mengarahkan ummi ke KPJ untuk pemeriksaan lanjutan yang lebih lengkap
di sana....
ummi jelas melihat kamu kurang bergerak dan tidak aktif biarpun jantung kamu berdengyut..
tangan, perut, kepala kamu membengkak dipenuhi air

hydrops fetalis penyakit yang kamu alami dimana keseluruhan badan kamu dimasuki air dan kamu mula membengkak..
keadaan peparu yang mengecut dan dipenuhi air mungkin menyebabkan kamu lemah untuk bergerak dan hidup...
Dr. hanya menjangkakan kalau kamu hidup pun hanya 1-2 jam sahaja..
dia memberitahu sama ada untuk meneruskan kandungan atau melahirkan baby awal
ummi sanggup tungggu kamu lahir 9 bulan tetapi keluarga dan lain2 kesian melihat ummi kesakitan dan menyarankan ummi melahirkan kamu awal..
maafkan ummi tapi ummi juga kesiankan kamu...

*jika ummi diberi pilihan mesti ummi pilih kamu hidup sayang tp apakan daya ummi untuk melawan takdir dan ketentuan Allah SWT


saat kamu dilahirkan ke dunia...

30 April:

denyut nadi mu makin lemah... perut ummi semakin mengeras.. pinggang ummi semakin sakit.. kaki ummi kebas rasanya... ummi mengadu sakit, terasa kamu hendak keluar tp ummi tahan seketika supaya ummi sempat dibawa ke wad bersalin...


1 Mei :

Alhamdulillah.. akhirnya jam 5.28am, kamu dilahirkan oleh ummi tercinta tapi sayangnya kamu xmelihat langsung wajah ummi yang melahirkan kamu.. betapa pilu hati ummi melihat mayat mu yg comel walaupun baru berusia 4 bln lbh.. abi melihat diri mu.. kesian tp inilah takdir Allah mengatasi segalanya..jenazah mu telah abi kebumikan jam 8.45am di masjid batu kawan.. Allah lebih sayangkan mu, moga-moga kamu akan tunggu abi & ummi di pintu syurga utk kita melangkah bersama ke tempat yg kekal selamanya... amin ya rabbal alamin...

* Abi Sayang Ummi*

Wednesday, April 28, 2010

saat kamu di dalam perut ummi...

Anak ku..

saat abi menulis ini, ummi tengah berada di wad 4 tingt 1 hospital seberang jaya penang.. abi xdpt menemankan ummi yg dicintai kerana prosudernya begitu.. abi nk coretkan pengalaman abi menjadi suami ummi... terlalu byk kisah yg abi nk ceritakan semenjak ummi mengetahui kamu telah pn wujud di rahimnya tp abi xsempat pada masa tu tp kali ni abi merajinkan diri menulis juga walaupun kamu xdpt membacanya tp mungkin adik2 mu akan membacanya...

19 April:

abi & ummi p klinik Dr Jimmy kat taman ilmu utk scan sbb ummi mengadu sakit perut tp ummi cakap bkn kamu yg buat..kamu anak yg baik... masa scan tu la Dr ckp ada something bulat2 di kepala kamu tp dia xpasti apa tu.. ummi dah mula menerbitkan air mata seorang ibu... abi menemani kesedihan ummi semalaman di rumah... walaupun dirundung sedih, ummi tetap siapkan makanan utk abi.. kenyang abi...;-)

20 April:

abi & ummi ke kpj hospital,perda private hosptl utk pastikan bulat2 yg ada di kepalamu.. rupanya yg bulat2 tu adalah kesan bengkakan yg ada pada seluruh badan mu.. dalam peparu mu jugak ada air maka terhimpitlah ruang pernafasan mu.. Dr mengesahkan yg kamu tidak akan lama bertahan apabila dilahirkan nanti... kata dua diberikan Dr, samada kamu dilahirkan awal @ atau ummi meneruskan kandungan & berisiko mendapat penyakit diabetes nanti...bertambahlah kesedihan ummi, sayu hatinya apabila mengenangkan saat kamu dipaksa keluar nanti... ummi rela membiarkan kamu terus hidup dlm rahim ummi tapi apa kan daya, kamu tetap tidak dapat hidup mengikut ilmu kedoktoran... ummi meneruskan episod nangis bersirinya itu tp ummi tak lupa nk siapkan abi makanan... kenyang abi...hehe...

21 April:

abi mula pening2 & rasa berpinar2 di sekolah... balik rumah terus abi pinjamkan bahu ummi utk abi letakkan kepala pusing ini... abi demam panas, muntah & xlarat sgt.... ummilah yang menjaga abi, letakkan kain sejuk atas pala, picit2 kepala & masak bubur yg cukup sedap... kenyang abi... abi menyusahkan ummi je..mengada-gada je abi ni..nk manja2 ngan ummi yg tgh berduka cita...

22 April:

abi mc hari ni,sakit kepala xabis lg..huhu.. bawak ummi ke klinik kesihatan bkt panchor utk tindakan selanjutnya... Dr shakiroh membuat apointment ummi minggu depan di hospital sbrg jaya utk rawatan pakar...

23 April:

abi & ummi balik ke Nilai, jumpa tok & nenek kamu... utk kuatkan semangat ummi dengan sokongan family...

24 April:

p darul syifa' Dr haron din, amik nasihat & penawar..sian ummi tggu lama sgt nk sampai giliran..

25 April:

bus balik ke parit buntar jam 1tghri tp ditunda ke jam 9 mlm sbb ummi muntah2 ketika dlm bus.. nasib baik bus blum gerak.. ingat platform 14, stesen kajang menyaksikan abi mendukung ummi turun dari bus kemudian bawak naik atas ke tandas kerana ummi muntah banyak sgt n xtahan sgt sakitnya.. alhamdulillah abi xrebah, masih kuat utk membawa ummi lari dari tandas yg berkunci ke tandas 1 lg.. mak abah n adik beradik dtg tlg tp orang sekeliling yg berada di situ sekadar melihat... ummi telah diperiksa di pusat rawatan an nur kt bangi.. mlm tu jadi abi n ummi pulang ke parit buntar naik bus..kalau x, abah yg akan hantar kami... thanks abah, mak...

26 April:

abi & ummi ke hosptl seberang jaya utk berjumpa pakar utk tindakan selanjutnya... detail scan n check up... keputusan tetap sama iaitu kamu dah xda harapan hidup..

28 April:

ummi masuk wad 4 jam 11 pg selepas berbincang dgn dr pakar dr kedah... keputusan utk bersalin awal ni sesuatu yg cukup berat utk ummi lakukan tp kerana xsanggup melihat keadaan mu yg sedia teruk pada 9 bln .. cukuplah 4 bln melihat dirimu yg membengkak dan xbernafas dgn sempurna... air telah memasuki peparu & usus kamu...

29 April:

kasihan ummi menahan sakit utk diletakkan ubat melalui pintu faraj... ummi xdpt tdo mengenangkan nasib mu... sebiji demi sebiji ubat diberi kpd ummi utk membuatkan kamu keluar dari rahim ummi... abah n ham datang memberi sokongan kpd ummi... mak bapak pun dtg melawat ummi..

30 April:

kasihan ummi mengadu sakit lg.. abi menjaga ummi sedaya mungkin kerana abi terlalu sayang ummi... nasib baik ada jiran sakit kiri n kanan ummi..adalah teman ummi ketika abi tiada... abi buat solat hajat lg, doa agar dipermudahkan ummi bersalin... diberi kekuatan kpd ummi..


Wednesday, February 3, 2010

Perkembangan Bayi Dlm Kandungan Dari Bulan Pertama Sehingga Bulan Ke Sembilan

from http://quiksilverbayb.multiply.com

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.
Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm. Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.
Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.
Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindrom yang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.
Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.
Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga
semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.Jadi banyakkan senaman ringkas atau boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenal pasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.
Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.

Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Pada minggu ke-24 pula,kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindak balas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Kita perlu banyak berehat. Jika tidak bekerja, pastikan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, kita akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Apabila memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adalah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi. Bersabar dan saya berharap semuanya selamat.

(^^) semoga anak ummi selamat lahir ye sayang

Tuesday, January 26, 2010

Pengikat Kasih KAMi


Pada 24 Jan sebelum subuh..Mengikut firasat keibuan
Dengan keyakinan yang tinggi ingin menguji kehadiran orang ketiga ni...
ami with bear2 & mira (^^)
Pada hari sebelumnya aku dah ke farmasi membeli alat ujian kandungan
Orang farmasi tu rasa pelik kenapa budak sekolah ni pergi beli benda ni
hem..pe nak buat dah memang kecik sangat aku ni..

Tapi takut juga nak test sendiri..huhu
Sebelum subuh dah bangun..
Urine pregnancy test jadi kena pergi buang air kecil dulu la...
Dah tu guna penitis bubuh kat penguji..
Tak sampai berapa saat dah nampak ada line..
1....2....
Alhamdulillah aku akan jadi ummi

Tengahari baru pergi klinik
Rupa2 nya kandungan dah 5 minggu 3 hari
Patut la kerap letih2 akhir2 ni

~~7 minggu 1 hari~~

Suami happy tapi dia nervous sangat
Cam tak percaya pun ada
Pe pun dia nak jadi abi dah..
Abi ke atta...