Wednesday, January 9, 2013

Peluang kedua ~ kembali menyusukan


Rubi menyusukan fateh semasa mengandung biarpun dihalang oleh keluarga. 
Hanya suami yang menyokong untuk terus menyusukan. 
Namun dengan ilmu yang dipelajari ketika mengikuti kelas penyusuan dan melalui pembacaan Rubi bertekad meneruskan penyusuan selagi tiada kesakitan atau masalah pada Rubi dan kandungan.


Susu ibu akan berkurang ketika kita mengandung bukan tiada tapi dia pekat seperti keju. 
Rubi pernah mengepam ketika hamil, tiada susu keluar tetapi ada pekatan seperti keju berkumpul di corong pam. 

Rubi membuat keputusan untuk tidak mengepam dan bagi Fateh direct BF (Breast Feeding) juga minum koko Radix, Examo Kids, atau Al-Haddad koko.
Hari2 Rubi berdoa agar diberi peluang menyusukan Fateh sehingga 2 tahun, setelah melahirkan Aish Firas kini Rubi berjaya menyusukan kedua-dua anak. Fateh hanya mahu direct BF yang dikongsi dan bersama2 menyusu bersama adik. Bila saya cairkan susu untuk Fateh dia akan kata “itu susu aish”. 
Sehinggalah dimana Kak Sue upload gambar breastmilk ice cream saya terus mencuba dirumah, dan Fateh suka ais krim dari ummi dan juga jus oren yang ada kasih saying ummi (Jus Oren + EBM ais). 
Fateh kata “Air Oren Ummi”. Ummi J sahaja..

Geeram ummi tengok Fateh pok pek pok pek tak berhenti..huhu sama macam ummi
~Fateh ini sahaja yang Ummi mampu, nanti kita makan ais krim lagi ye~

Tuesday, January 8, 2013

Tanpa rasa MALU...


Ibu2 diharap tidak stress jika tiada tempat untuk mengepam dan mungkin tak ada tempat untuk menyusukan baby ketika jalan2-cari-barang-dapur-sambil-cuci-mata-tengok-baju-murah..
Ibu perlu kreatif seperti saya atau ibu yang berpengalaman seperti Kak Suraya Lunatots (klik untuk ke blog beliau),CEO of Lunatots

Ada cara lain untuk menyusukan atau mengepam dimana seperti saya yang mengepam bukan di tempat tersorok tapi di cubicle sendiri dalam office kita yang ber-aircond..

Tips untuk Ibu2 menyusukan: 

  1. Ibu2 selesakan diri anda, kenakan jaket atau boleh guna selendang atau nursing cover untuk mengurang rasa malu dan tension. Ibu perlu ketenangan untuk meningkatkan produksi susu anda.
  2. Lihat gambar anak semasa mengepam
  3. Online FB atau update blog semasa mengepam (seperti saya sekarang). Bila terlalu focus kat pam mungkin akan menyebabkan kita stress bila susu lambat keluar atau sikit. Bila ini berlaku produksi susu akan berkurang.
  4. Tetapkan masa untuk pam susu di pejabat dan berusaha untuk ikut masa yang ditetapkan.
  5. Pilih pam yang sesuai dengan kita. Yang tidak menyakitkan, yang mampu milik, yang mudah dibawa.
  6. Mencari ilmu tentang penyusuan sebanyak mungkin, jika anda ada tablet google la pasal breastfeeding. Pergi seminar atau apa saja asalkan anda faham tentang penyusuan. 
  7. Cari mentor yang boleh menbantu. Seperti saya mula mengenal mentor saya pada 2010 hanya melalui blog beliau dan dari Pa&Ma. Kemudian kali pertama bertemu di Jom Heboh PeNAng, terus berjumpa ketika di Maternity and Children Expo Mid Valley..dan mengikuti Seminar Penyusuan nya..Dia adalah kak Suraya Lunatots


Apa yang penting .. KERJASAMA eh silap JANGAN LUPA UNTUK MENYUSUKAN ANAK ON DEMAND dan RAJIN PAM KETIKA BABY TIDAK MENYUSU     

 saya kongsikan hasil yang cemerlang ini~

Friday, October 19, 2012

Susu Ibu Susu Terbaik


Rubi mula bercita-cita ingin menyusukan anak sejak Rubi tahu Rubi mengandung lagi. Waktu tu Rubi mengandungkan anak pertama. Rubi mula membaca blog-blog berkenaan penyusuan dan membeli buku Pa&Ma untuk menambah ilmu. Rubi tak pernah pun terfikir nak jimatkan duit dengan menyusukan anak. Rubi cuma mahu menyusukan sebab Rubi tahu itu yang terbaik untuk anak Rubi..

Namun apakan daya Rubi hendak menhalang takdir Allah S.W.T, anak pertama disahkan hydrops fetalis sewaktu 17minggu dalam kandungan. Rubi menangis hampir setiap hari, macam nak mati rasanya tak sanggup nak keluarkan anak secara paksa pada 1 Mei 2010. Tetapi keputusan telah pun dibuat, Rubi redha jika betul dia tak mampu hidup lama jika saya terus mengandungkannya. Sesungguhnya Rubi rasa Rubi yang bersalah dalam hal ini.

Selepas melahirkan anak pertama (Muhammad), Rubi tetap perlu berpantang macam ibu-ibu lain. Cuma tiada bayi yang hendak disusukan. Hati Rubi bertambah sedih kerana susu tetap keluar dan Rubi juga bengkak susu.

Allah itu maha pengasih..Dia memberi peluang kedua kepada Rubi apabila Rubi disahkan mengandung pada Julai 2010. Rubi melahirkan Muhammad Al-Fateh pada 5 April 2011. Kelahiran Fateh pengubat rindu Rubi pada Muhammad kerana mereka memang agak seiras. Rubi mendakapnya selepas dia keluar dan terus menyusukan di katil hospital sepanjang malam tanpa henti. Biarpun penat belum hilang tetapi kepenatan diganti dengan nikmat menyusukan yang hebat. Rubi rasa Rubi seorang ibu yang sempurna apabila dapat menyusukan dan Rubi bangga melakukannya.

Seminggu menyusukan masalah lain Rubi hadapi iaitu puting pecah. Rasa hendak menangis setiap kali menyusukan sebab puting yang agak pendek. Tetapi Rubi tetap menyusukan dengan bantuan suami. Melalui pembacaan yang berterusan, Rubi tahu rupanya teknik lekapan mulut bayi yang kurang betul boleh menyebabkan puting kita sakit. Rubi membetulkan lekapan mulut bayi dari semasa ke semasa sehingga biarpun puting pecah Rubi masih yakin ingin meneruskan penyusuan dan teknik yang betul mengurangkan kesakitan puting berbanding sebelumnya kerana bayi sudah tidak menghisap di puting tapi di bahagian areola (bahagian yang gelap). Rubi menjadi bertambah yakin menyusukan Fateh dimana sahaja. 

Rubi mula mengepam secara kecil kecilan semasa pantang. Dan, setelah Rubi mendapat pekerjaan Rubi berjaya mengepam 8-10 botol sehari (4-5 oz sebotol). Biarpun, berbadan agak kecil berbanding orang lain tapi semangat Rubi agak besar untuk menyusukan anak yang kedua pula yang bakal lahir pada November ini dan meneruskan penyusuan Muhammad Al-Fateh sehingga dua tahun. Fateh masih mahu bermanja dengan Rubi “ Ummi, ateh nak manja-manja” . Seawal usia 1 tahun 6 bulan sudah beradik nanti Ummi harap Fateh mahu berkongsi menyusu bersama adik.

Itu niat saya, semoga Allah mempermudahkannya. Semangat penyusukan bukan hadir dari orang lain tapi diri sendiri. Tiada siapa menyokong Rubi untuk menyusukan. Hanya Rubi beriya-iya meyakinkan orang sekeliling termasuk keluarga bahawa Rubi akan menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. Suami tercintalah tempat Rubi meminta kekuatan ini. Hanya dia yang selalu menyokong supaya terus menyusukan anak-anaknya.Terima Kasih Sayang ~ Rais Abdul Majid, I Love You

Saturday, January 28, 2012

Fateh yang di Sayangi

5th Month


Fateh dengan atok di rasamas
Atok pegang fateh sebab umi nak makan..huhu fateh terliur2 tengok ummi makan
Baby yang menyusu biasanya ada keinginan makan / dan merasa makanan yang tinggi

Tersenyum fateh melihat kamera..baru mula pandai pegan barang dan gigit2

4th month



Friday, January 27, 2012

3rd Month


2nd Month

Sultan Muhammad Al-Fateh



semoga kamu sepertinya anakku

umi sebenarnya nak namakan dengan nama yang bermaksud permulaan/pembuka...sebab kamu anak umi yang kedua tapi kamu yang pertama umi dapat cium/pegang/susukan..umi cari nama raziQ fathi...tapi abi dan cik am [pak long kamu] selalu cerita pasal muhammad al-fateh..jadi umi pn minta abi beli buku tentang beliau..umi pn ada tgk halaqah citer pasal al-fateh oleh dr danial..umi tertarik dengan keperibadian dan kebijaksanaan Muhammad bin Murad [al-Fateh adalah gelaran yang dipanggil ayahanda beliau sejak dari kecil untuk membentuk keperibadian anaknya]..



tulus ikhlas,
umi al-Fateh


1st Month