Friday, October 19, 2012

Susu Ibu Susu Terbaik


Rubi mula bercita-cita ingin menyusukan anak sejak Rubi tahu Rubi mengandung lagi. Waktu tu Rubi mengandungkan anak pertama. Rubi mula membaca blog-blog berkenaan penyusuan dan membeli buku Pa&Ma untuk menambah ilmu. Rubi tak pernah pun terfikir nak jimatkan duit dengan menyusukan anak. Rubi cuma mahu menyusukan sebab Rubi tahu itu yang terbaik untuk anak Rubi..

Namun apakan daya Rubi hendak menhalang takdir Allah S.W.T, anak pertama disahkan hydrops fetalis sewaktu 17minggu dalam kandungan. Rubi menangis hampir setiap hari, macam nak mati rasanya tak sanggup nak keluarkan anak secara paksa pada 1 Mei 2010. Tetapi keputusan telah pun dibuat, Rubi redha jika betul dia tak mampu hidup lama jika saya terus mengandungkannya. Sesungguhnya Rubi rasa Rubi yang bersalah dalam hal ini.

Selepas melahirkan anak pertama (Muhammad), Rubi tetap perlu berpantang macam ibu-ibu lain. Cuma tiada bayi yang hendak disusukan. Hati Rubi bertambah sedih kerana susu tetap keluar dan Rubi juga bengkak susu.

Allah itu maha pengasih..Dia memberi peluang kedua kepada Rubi apabila Rubi disahkan mengandung pada Julai 2010. Rubi melahirkan Muhammad Al-Fateh pada 5 April 2011. Kelahiran Fateh pengubat rindu Rubi pada Muhammad kerana mereka memang agak seiras. Rubi mendakapnya selepas dia keluar dan terus menyusukan di katil hospital sepanjang malam tanpa henti. Biarpun penat belum hilang tetapi kepenatan diganti dengan nikmat menyusukan yang hebat. Rubi rasa Rubi seorang ibu yang sempurna apabila dapat menyusukan dan Rubi bangga melakukannya.

Seminggu menyusukan masalah lain Rubi hadapi iaitu puting pecah. Rasa hendak menangis setiap kali menyusukan sebab puting yang agak pendek. Tetapi Rubi tetap menyusukan dengan bantuan suami. Melalui pembacaan yang berterusan, Rubi tahu rupanya teknik lekapan mulut bayi yang kurang betul boleh menyebabkan puting kita sakit. Rubi membetulkan lekapan mulut bayi dari semasa ke semasa sehingga biarpun puting pecah Rubi masih yakin ingin meneruskan penyusuan dan teknik yang betul mengurangkan kesakitan puting berbanding sebelumnya kerana bayi sudah tidak menghisap di puting tapi di bahagian areola (bahagian yang gelap). Rubi menjadi bertambah yakin menyusukan Fateh dimana sahaja. 

Rubi mula mengepam secara kecil kecilan semasa pantang. Dan, setelah Rubi mendapat pekerjaan Rubi berjaya mengepam 8-10 botol sehari (4-5 oz sebotol). Biarpun, berbadan agak kecil berbanding orang lain tapi semangat Rubi agak besar untuk menyusukan anak yang kedua pula yang bakal lahir pada November ini dan meneruskan penyusuan Muhammad Al-Fateh sehingga dua tahun. Fateh masih mahu bermanja dengan Rubi “ Ummi, ateh nak manja-manja” . Seawal usia 1 tahun 6 bulan sudah beradik nanti Ummi harap Fateh mahu berkongsi menyusu bersama adik.

Itu niat saya, semoga Allah mempermudahkannya. Semangat penyusukan bukan hadir dari orang lain tapi diri sendiri. Tiada siapa menyokong Rubi untuk menyusukan. Hanya Rubi beriya-iya meyakinkan orang sekeliling termasuk keluarga bahawa Rubi akan menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. Suami tercintalah tempat Rubi meminta kekuatan ini. Hanya dia yang selalu menyokong supaya terus menyusukan anak-anaknya.Terima Kasih Sayang ~ Rais Abdul Majid, I Love You

Saturday, January 28, 2012

Fateh yang di Sayangi

5th Month


Fateh dengan atok di rasamas
Atok pegang fateh sebab umi nak makan..huhu fateh terliur2 tengok ummi makan
Baby yang menyusu biasanya ada keinginan makan / dan merasa makanan yang tinggi

Tersenyum fateh melihat kamera..baru mula pandai pegan barang dan gigit2

4th month



Friday, January 27, 2012

3rd Month


2nd Month

Sultan Muhammad Al-Fateh



semoga kamu sepertinya anakku

umi sebenarnya nak namakan dengan nama yang bermaksud permulaan/pembuka...sebab kamu anak umi yang kedua tapi kamu yang pertama umi dapat cium/pegang/susukan..umi cari nama raziQ fathi...tapi abi dan cik am [pak long kamu] selalu cerita pasal muhammad al-fateh..jadi umi pn minta abi beli buku tentang beliau..umi pn ada tgk halaqah citer pasal al-fateh oleh dr danial..umi tertarik dengan keperibadian dan kebijaksanaan Muhammad bin Murad [al-Fateh adalah gelaran yang dipanggil ayahanda beliau sejak dari kecil untuk membentuk keperibadian anaknya]..



tulus ikhlas,
umi al-Fateh


1st Month


Friday, August 5, 2011

umi sayang fateh



untukmu fateh..

ummi bangga dapat menyusukan fateh tanpa susu formula, ekeke hari2 senyum waktu pum susu..stok penuh kat peti sampai nk beli peti lagi besar2 untuk bubuh susu ibu perahan [SIP]…


baru kerja kan, terhegeh2 ummi baw beg besar yang berisi pum spectra 3 dgn botol2 untuk kerja mengepam susu sekerap mungkin..tapi mampukah saya? sebenarnya mampu..tiada alas an

hari pertama semua orang pelik tengok ummi buat apa kat meja tu terkulat2 terteleng2..dengan jaket macam la sejuk bebenor..

orang pertama tegur ‘eh, buat apa tu? sini ada cctv tau…’

saya ‘ye ke? abis mana saya boleh pum susu?’

‘surau boleh ma….’

zuhur time, jom pi surau dengan beg nak pum susu kononya kan tadi..tapi nak tau surau-itu-sungguh-panas-tidak selesa-uhuk2-tidak tenang-adoi ni…tak jadi pam disana..akan pum di ofis dengan pakai jaket juga lagi tenang..huuu hampa surau tak selesa

orang kedua tegur pula time pam susu ‘wani,pam susu berapa dapat sekali pam?’

‘kalau sekali pam-sebelah kanan or kiri-4oz ke 5oz ke 6oz pn bleh dapat? so kalau pum kedua2 belah akan dapat paling max 12oz’

‘banyak ye’

‘hum,ye la kena rajin pam nanti banyak la susunya, kak’

‘tapi pam kat opis nanti dorang [lelaki] nampak…pum la kat tandas..’

‘tandas?, kita makan pun cari tempat elok2 kenapa nak bagi anak makan kena pam dalam tandas..ala tak nampak la saya dah cover leklok..’ – ini bukan halangan ye

‘eh berapa kali dah pam?’

‘4 kali kak’

‘tak perasan pun’

‘kan saya kata tak nampak dan tak dengar juga’ heeehehe gelak..yeah saya menang

hari2 ummi pam susu dengan senyuman moga setiap titisan boleh kenyangkan anak ummi yang paling comel-yang dah pandai senyum tiap kali ummi balik kerja-yang dah kemaruk meniarap+guling2=tergolek dari tilam-yang dah pandai pegang botol..keh3 cayang anak ummi



Thursday, December 23, 2010

Perut makin comel


heee lama tak jenguk blog rindu dan cayang kat blog ini...sebab ada baby cumei..

comei tak perut saya..masa ni baby tengah main bola jadi ummi dia nak kira OT pun kejap2 lupa..pastu kena kira balik..semakin kuat sepak dan boleh buat orang terkejut je..heee

apa pun ini lah nikmat yang Allah SWT bagi pada semua ibu..baby bergerak dalam rahim..

Alhamdulillah ummi ada kamu, ummi rasa bahagia..harap kamu jadi anak soleh ye Muhamad ....