ummi kembali untuk memberi kekuatan pada diri dan orang2 yang pernah mengalami situasi yang sama iaitu suatu kehilangan....
sejak kerap mengalami kesakitan di ari2 ummi tahan selama lebih kurang sebulan
akhirnya ummi pergi ke klinik swasta untuk scan kamu (anak ummi tersayang)
pada pagi tersebut kebetulan ada interview di taska taman ilmu...
kul 8.30 pagi ummi drive ke taman ilmu
dalam pukul 3 ummi pergi klinik berdekatan taman ilmu [klinik Jammy]
setelah mendaftarkan nama dikaunter...
nama ummi dipanggil, abi turut menemani ummi yang kurang bertenaga
kerana muntah2 setelah sampai di klinik...
Dr. terus bertanya soalan yang biasa2 "sakit pe?", "bila haid terakhir? " dll..
selepas itu barulah Dr. scan untuk lihat tumbesaran kamu....
Dr kata tumbesaran kamu ok dan baik tetapi terdapat benda yang pelik di belakang kepala kamu..
pada awalnya Dr. menyatakan ianya bukan pada kamu tp jari tangan kamu kelihatan membengkak..
ummi mula susah hati, air mata pun dah mengalir deras..
risau terhadap kesihatan kamu
Dr. mengarahkan ummi ke KPJ untuk pemeriksaan lanjutan yang lebih lengkap
di sana....
ummi jelas melihat kamu kurang bergerak dan tidak aktif biarpun jantung kamu berdengyut..
tangan, perut, kepala kamu membengkak dipenuhi air
hydrops fetalis penyakit yang kamu alami dimana keseluruhan badan kamu dimasuki air dan kamu mula membengkak..
keadaan peparu yang mengecut dan dipenuhi air mungkin menyebabkan kamu lemah untuk bergerak dan hidup...
Dr. hanya menjangkakan kalau kamu hidup pun hanya 1-2 jam sahaja..
dia memberitahu sama ada untuk meneruskan kandungan atau melahirkan baby awal
ummi sanggup tungggu kamu lahir 9 bulan tetapi keluarga dan lain2 kesian melihat ummi kesakitan dan menyarankan ummi melahirkan kamu awal..
maafkan ummi tapi ummi juga kesiankan kamu...
*jika ummi diberi pilihan mesti ummi pilih kamu hidup sayang tp apakan daya ummi untuk melawan takdir dan ketentuan Allah SWT