Monday, February 18, 2013

Ibu hebat kerana kasih sayang Allah S.W.T

Ramai ibu2 risau kerana susunya cair dan itu sebabnya anak lapar. Kenapa tidak jika Ibu lebih positif; kalau anak lapar menyusukanlah anak anda on demand. Otak akan menerima isyarat bahawa 'anak minum banyak ni, jom produce susu lagi.' Rubi tak ambil apa2 mknn tambahan untuk produce susu banyak cuma makan 3 kali sehari dan minum air masak banyak2 je
What you give you get back kira gitu la secara mudahnya makin tinggi permintaan anak untuk menyusu, badan ibu2 berupaya memenuhi permintaan biarpun anda rasa mcm tak ada susu je kenapa dia isap lagi..maksudnya ada la susu..at least ada la dari hisap puting kosong / pacifier.

Kepekatan susu ibu mungkin dipengaruhi beberapa faktor:
1) Kekerapan menyusu atau mengepam
Seperti gambar yang sikit adalah perahan kedua bagi breast kanan, yang paling pekat. Yang tepi kiri adalah perahan pertama bagi breast kiri. Yang dalam plastic adalah perahan pertama breast kanan yang cair pada aal perahan. Jadi ibu perlu kosongkan breast untuk dapat susu akhir yang pekat.

2) Cuaca atau masa
Kalau rubi pam pagi susu macam cair sikit tapi bila malam pekat. Mungkin sebab tido pastu bangun breast dah penuh kalau pam mesti dapat 2 botol sebelah breast. Yang pertama cair yang kedua lebih pekat

3) Pemakanan
Ada sesetengah makanan yang boleh banyakkan susu tapi tak sure kalau yang boleh pekatkan susu. Boleh try the milk story chocolate drink. Bagi rubi selagi kita makan macam biasa insyaAllah susu ok.

4) Kesihatan
Biasa kalau badan sihat insyaAllah boleh ada susu, banyak dengan sikit itu rezeki dan insyaAllah cukup untuk anak kita

Ramai berkata susu tak ada sebab puting tak ada, tak logik sekarang banyak cara boleh keluarkan puting. Ada kata anak tak pandai hisap. Lagi salah sebab dia pandai pula hisap susu botol. Setiap ibu berbeza susunya bukan sebab saiz breast dan puting, berbeza kerana keinginannya, matlamatnya, usahanya, rajinnya.

Ini cuma pendapat rubi , mungkin pendapat ibu2 lain juga berbeza.
Salam sayang dan maaf,
Rubi the bf mom

0 comments: