Sunday, January 27, 2013

Susun stok EBM (Expressed Breastmilk)


EBM stok perlu dikeluarkan mengikut tarikh dan masa dipam. Maksudnya first in first out (FIFO),  mana masuk peti dulu yang tu kena keluar dulu. Disebabkan deep freezer dalam dan kebawah dasarnya jadi kena la kita fikir cmne nk korek stok lama.
cara rubi control EBM keluar dari peti...tick susu yang dah keluar ye ibu-ibu
Sebelum tu kena label susu ikut masa dan hari kita pam .Sebenarnya sebelum ni Rubi tidak label masa pada susu pun. Baru je nk mula label masa harini. Semalam dan sebelum – sebelum ni cuma label tarikh dan berapa oz sebab Rubi nak kira berapa botol dan oz sehari pam.

1) sekiranya mengepam dipejabat bawa masking tape, gunting, marker, pen, untuk memudahkan ibu menulis tarikh pada botol. Jika mengunakan storage bag tulis terus diruangan tarikh mengunakan marker
alat-alat yang perlu untuk menulis tarikh
kalau ada marker lagi bagus terus tulis atas plastic ni

2) asing susu mengikut tarikh mengunakan bekas berasingan seperti tupperware / bakul - label dengan tarikh dengan masking tape, paper bag - perlu ditebuk bahagian bawahnya supaya kita sentiasa mengambil stok yang mula2 dimasukan dulu (belum cuba lagi..sekarang guna teknik cari-punggah2-semua-bersepah..hehe)

3) ebm lebih mudah diuruskan jika disimpan di storage bag. kemudian ia dileperkan untuk menjimatkan ruang peti ais dam memudakan penyusunan ebm dalam paper bag

teman hidupku yang banyak mendorong kejayaan penyusuan susu ibu 
dari 1hb-30hb Jan EBM rubi ada 661 oz 

i love you dari Ummi & 2 askar kita 

0 comments: