Wednesday, January 9, 2013

Peluang kedua ~ kembali menyusukan


Rubi menyusukan fateh semasa mengandung biarpun dihalang oleh keluarga. 
Hanya suami yang menyokong untuk terus menyusukan. 
Namun dengan ilmu yang dipelajari ketika mengikuti kelas penyusuan dan melalui pembacaan Rubi bertekad meneruskan penyusuan selagi tiada kesakitan atau masalah pada Rubi dan kandungan.


Susu ibu akan berkurang ketika kita mengandung bukan tiada tapi dia pekat seperti keju. 
Rubi pernah mengepam ketika hamil, tiada susu keluar tetapi ada pekatan seperti keju berkumpul di corong pam. 

Rubi membuat keputusan untuk tidak mengepam dan bagi Fateh direct BF (Breast Feeding) juga minum koko Radix, Examo Kids, atau Al-Haddad koko.
Hari2 Rubi berdoa agar diberi peluang menyusukan Fateh sehingga 2 tahun, setelah melahirkan Aish Firas kini Rubi berjaya menyusukan kedua-dua anak. Fateh hanya mahu direct BF yang dikongsi dan bersama2 menyusu bersama adik. Bila saya cairkan susu untuk Fateh dia akan kata “itu susu aish”. 
Sehinggalah dimana Kak Sue upload gambar breastmilk ice cream saya terus mencuba dirumah, dan Fateh suka ais krim dari ummi dan juga jus oren yang ada kasih saying ummi (Jus Oren + EBM ais). 
Fateh kata “Air Oren Ummi”. Ummi J sahaja..

Geeram ummi tengok Fateh pok pek pok pek tak berhenti..huhu sama macam ummi
~Fateh ini sahaja yang Ummi mampu, nanti kita makan ais krim lagi ye~

0 comments: